Detik yang paling nyaman dalam seharian kehidupan manusia ialah bila masa munculnya warna putih yang merata di ufuk (horizon)sehinggalah nampak timbulnya bulatan terawal matahari. Waktu ini merupakan waktu solat subuh, merupakan salah satu dari lima waktu umat Islam diwajibkan mendirikan solat.
"Di sebalik perlaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan."
Rujuk sini
Pentingnya solat subuh ini sehingga dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.d. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Post a Comment