Sang Pari-pari

   

      Segak penampilan aku malam ini. Tuksedo yang disewa khas bagi malam ini sahaja telah aku sarung awal-awal lagi. Digayakan dengan seutas jam tangan berjenama, ditambah pula dengan gaya rambut yang disikat rapi ke belakang. Persis Pierce Brosnan gitu.

 

     Kad jemputan aku genggam kemas. Tak sabar rasanya. Bukan calang-calang orang bisa dijemput ke majlis sebegini. Sambil menanti si pemandu datang menjemput, sepuntung rokok dinyalakan. Ahh.. kepulan asap Dunhill naik ke langit gelap yang sedari tengah hari tadi menyimbahkan bumi dengan rahmat-rahmat Tuhan.

 

     Seusai hujan berhenti, muncul si pemandu bertelinga tajam, yang mana hidungnya mengingatkan aku akan si boneka, Pinoccio. Wah, kenderaannya diluar jangkaan, sebuah pedati yang ditarik dengan 6 ekor kuda bertanduk!

 

     Indah seni reka istananya. Bagai rusa masuk kampung jadinya. Aku disambut dengan sorakan yang bergema bersama alunan muzik yang mengasyikkan. Aku diiring ke balai utama, bagi menghadap Raja Xaino dan Ratu Lena. Raja Xaino memandang aku tajam, tanpa segaris senyuman pun di wajahnya. Ahh.. gementar mula menguasai. Ku tatap pula sang Ratu Lena, terzahir sifat keibuan di wajahnya. Fuhh.. tenang rasanya.

 

    “Wahai pemuda, hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Puteri Reir, satu-satunya puteri kami. Dia telah membuat satu permintaan untuk dijemput satu pemuda dari bangsa manusia bagi menemaninya pada malam ini, maka beta memilih kamu, wahai pemuda Melayu.”

 

     Sepanjang malam itu, aku berkenal-kenal dengan sang Puteri Reir, rupawan dari bangsa pari-pari. Menyinsingnya fajar sadiq, si pemandu pun tiba. Puteri Reir tersenyum sambil berkata, “tiada yang lebih indah dari dunia manusia, yang dalamnya penuh dengan kasih sayang, dan tiada yang lebih buruk berbanding bangsa manusia, yang gemar berhasad dengki sesamanya.”

 

     Aku tiba di rumah bersama kad jemputanku, kali ini Puteri Reir yang menghiasi latarnya.


 

MZAGD00Z

Gambar hiasan.

Gila-gila Remaja

     Zaman remaja adalah zaman kegilaan. Semua manusia, sebelum menjadi dewasa, wajib melalui peringkat remaja. Di mana, kita semua, pada peringkat ini, seakan diberi ‘pas kebenaran’ untuk menjadi bodoh dan bertindak sebodohnya.

 

     Tapi sebodoh-bodoh remaja, kita masih manusia. Punya akal dan nurani. Allah swt Yang Maha Bijaksana telah mencipta sebagai sebaik-baik khalifah di muka bumi. Maka ketahuilah batas-batasnya dalam pada kita melalu peringkat kegilaan ini.

 

     Remaja adalah tonggak pemimpin di masa hadapan. Peliharalah akalmu serta maruahmu sebaiknya.

Kami adalah Muslim

   Dunia Islam sekali lagi menerima ujian. Tamparan yang begitu dasyhat hinggap ke muka para muslim sekalian. Nabi Muhammad s.a.w telah difitnah dan dihina melalui filem pendek yang telah digarap oleh seorang pengarah barat berjudul “Innocence of Muslims”.

 

   Apa yang aku kesali adalah bagaimana kita, sebagai muslim, bertindak. Sebahagian dari kita terus menyinga, membakar serta memusnahkan harta benda sebagai protes kepada filem tersebut seolah-olah mengiakan segala apa yang terkandung dalam filem pendek garapan si barat tersebut.

 

   Bukan bermakna aku tidak turut membenci penghinaan ini, tapi kita adalah Muslim. Kita punya adab-adab yang perlu dijaga.

 

   Ayuhlah, para Muslim sekalian! Belalah Baginda Rasulullah s.a.w melalui medium yang betul. Uploadkan hadis-hadis, cerita-cerita berkenaan Nabi Muhammad s.a.w. di youtube. Jelaskan keindahan Islam sebagai agama dari Yang Maha Suci.

 

Bagi mereka yang menghina tanpa mengetahui kebenaran, ajarkanlah mereka.

Keindahan Fajar Sadiq

   Detik yang paling nyaman dalam seharian kehidupan manusia ialah bila masa munculnya warna putih yang merata di ufuk (horizon)sehinggalah nampak timbulnya bulatan terawal matahari. Waktu ini merupakan waktu solat subuh, merupakan salah satu dari lima waktu umat Islam diwajibkan mendirikan solat.
 
          "Di sebalik perlaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahsia yang menakjubkan."  Rujuk sini
 
   Pentingnya solat subuh ini sehingga dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.d. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
 
subuh3

Tanggal 11 haribulan 9

   Islamofobia bermula definisinya pada tanggal tarikh tersebut. Muslim di seluruh dunia terkesan akibat insiden ini. Sebahagian dari kita diisolasikan dan digeruni tanpa sebab yang munasabah. Kesan psikologinya cukup mendalam. Dengan bias, kita dihakimi. Dan malangnya, kebanyakan dari kita memilih untuk memejam mata sahaja. 

Kita kuat jika bersatu, bukan berpecah

“To live will be an awfully big adventure.” ― J.M. Barrie, Peter Pan

hidup itu sebuah pengembaraan, tersembunyi dalamnya segala 
macam rempah suka dan duka.


Powered by Blogger.

Copyright © / Si S

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger